HAK PENGGUNA
- Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yangg berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksplotasi
- Undang-undang perlindungan pengguna adalah di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
- Diantara yang diamanahkan bawah kuasa:
Akta Kawalan Harga 1946
Akta Kawalan bekalan 1961
Akta Timbang Dan Sukat 1972
Akta Sewa Beli 1967
Akta Hak Cipta 1987
Akta Jualan Langsung 1993
Pendidikan Kepenggunaan
Merupakan proses untuk menguruskan sumber pengguna dan tindakan yang mempengaruhi faktor pengguna membuat keputusan.
Hak Asasi Pengguna
Hak Kepada Keselamatan
Hak mendapatkan maklumat
Hak untuk memiliki
Hak untuk didengari
Hak mendapatkan gantirugi/ pampasan
Hak mendapatkan pendidikan pennguna
AKTA KAWALAN HARGA 1946
PENGENALAN :
Akta ini adalah suatu akta yang digunakan untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalan harga dan juga dikenali Akta 121.
- Semenanjung Malaysia – 1 Oktober 1946
- Sabah dan Sarawak – 5 Mac 1964
TAFSIRAN :
Akta ini, melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya atau konteksnya menghendaki makna yang lain-
“barang harga terkawal – termasuklah barang yang berkenaan dengannya harga maksimum telah ditentukan di bawah seksyen 4, barang yang berkenaan dengannya caj maksimum bagi penyewaannya atau bagi pelaksanaan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengannya telah ditentukan di bawah seksyen itu dan barang yang telah diisytiharkan oleh Pengawal Harga, di bawah seksyen 13, sebagai barang harga terkawal”
Berdasarkan Akta 1946 :
- Kesalahan menjual barang harga terkawal dengan harga lebih daripada harga yang ditentukan
- Kesalahan menjual barang harga terkawal tanpa lesen.
- Penjual hendaklah mempamerkan lesen dan senarai harga.
- Kesalahan enggan menjual barang harga terkawal.
Pemindahan barang harga terkawal dari premis perniagaan dan penstoran barang harga terkawal dalam premis selain premis perniagaan berlesen. Memperniagakan barang harga terkawal melainkan dalam perjalanan biasa perniagaan.
Sesiapa yang gagal atau enggan mematuhi dikira melakukan kesalahan.
Kuasa am Pengawal Harga ( kelulusan Menteri ) :
- Mengisytiharkan apa-apa barang atau kelas barang sebagai barang harga terkawal.
- Melarang, menyekat atau mengawal pengeksportan apa-apa barang harga terkawal.
- Menetapkan tanda dan label yang kena dipamerkan mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah (kualiti, gred, harga, berat, tempat asal atau tarikh pengilangan)
Pengawal Harga Boleh :
- Menentukan apakah yang menjadi suatu transaksi borong atau runcit.
- Menghendaki melalui notis secara bertulis mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan supaya memberikan secara lisan atau bertulis dan dalam bentuk yang dikehendaki.
- Menentukan tempat apa-apa barang harga terkawal hendaklah distorkan.
Dalam akta Kawalan 1946 terkandung :
- Kesalahan kerana menghalang pihak berkuasa
- Kuasa untuk menjalankan pendakwaan
- Pengkompaunan kesalahan
- Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan
- Pencantuman kesalahan
Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 :
- Menggantikan Akta Kawalan Harga 1946
- Suatu Akta untuk mengawal harga barangan dan caj bagi perkhidmatan dan melarang pencatutan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.
![]() |
Contoh Keratan Akhbar |
AKTA SEWA BELI 1967
Akta Sewa Beli 1967 :
- Undang-undang sewa beli akta 1967 yang dikuatkuasa pada 11 April 1968
- Kontrak sewa beli adalah satu perjanjian di mana pemilik bersetuju untuk menyewa barang-barang kepada penyewa dengan pilihan kepada penyewa untuk membeli barang-barang.
- Akta sewa beli untuk menentukan hak-hak undang-undang, kewajipan dan liabiliti penyewa, pemilik dan pihak-pihak lain untuk perjanjian sewa beli.
- Perjanjian sewa beli mestilah dibuat scara bertulis Seksyen 45 ditandatangani oleh semua pihak.
- Untuk melindungi pengguna kerana ia merupakan sebahagian daripada undang-undang pengguna dan amalan perdagangan yang adil
- Dalam perjanjian sewa beli, penyewa tidak boleh menjual barang-barang di bawah perjanjian sewa.Ini adalah kerana penyewa bukan pemilik barang.Jika dia menjual barang itu, dia perlu bertanjungjawab kepada pemlik untuk penukaran.
Contoh Barang Sewa Beli :
- Bas
- Barangan pengguna
- Kenderaan bermotor
- Kenderaan orang sakit/cacat
- Motosikal
- Motokar ( teksi/kereta sewa )
Hak Seorang Penyewa :
Anda mempunyai hak-hak seperti berikut :- Menerima sesalinan perjanjian SB
- Memperolehi sebarang maklumat mengenai akaun anda
- Meminta penyata baki belum jelas (sekali setiap 3 bulan)
- Menyelesaikan kemudahan SB lebih awal
- Menamatkan perjanjian SB pada bila-bila masa
Tanggungjawab Anda Sebagai Penyewa :
- Anda mempunyai tanggungjawab berikut :
- Tidak memindahkan atau menjual kenderaan bermotor tanpa persetujuan syarikat kewangan
- Membayar ansuran mengikut jadual
- Memberitahu syarikat kewangan jika berlaku sebarang pertukaran alamat
- Tidak gagal menginsuranskan kenderaan bermotor selepas tahun pertama dan memberitahu syarikat kewangan mengenai pembaharuan polisi insurans tidak lewat 14 baru sebelum polisi sekarang luput
- Mematuhi perintah mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut
Langkah-Langkah Keselamatan Penyewa :
- Pastikan bahawa semua perjanjian dibuat secara bertulis dan baca setiap cetakan halus pada perjanjian bertulis
- Pastikan bahawa harga belian dan terma SB dalam perjanjian adalah sebagaimana yang telah dipersetujui
- Pastikan bahawa anda mampu membayar ansuran bulan sepanjang tempoh pembiayaan
- Mengetahui tanggungjawab anda di bawah Akta SB
- Mengetahui tanggungjawab anda di bawah kontrak SB untuk memastikan bahawa anda tidak melakukan apa-apa tindakan yang melanggar kontrak
- Segala dokumen yang berkaitan perjanjian SB seperti surat perjanjian, resit dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat selamat
- Semua pembayarab mestilah dibuat kepada orang yang diberi kuasa oleh syarikat kewangan
Hak Syarikat Kewangan :
- Menarik balik kenderaan bermotor anda ingkar dalam membuat pembayaran
dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir
-meninggal dunia
4 kali engkar berterusan
- Menggesa anda menginsuranskan kenderaan bermotor
- Mengenakan fee ke atas anda bagi tujuan menguatkuasakan perjanjian SB
Tanggungjawab Syarikat Kewangan Atau Pemunya :
- Menguruskan pendokumentasian sewa beli
- Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
- Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barangan
Hukuman :
- Seksyen 42 Denda tidak melebihi RM 3,000 dan Penjara tidak melebihi 6 Bulan.
![]() |
Isu di Keratan Akhbar |
AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972
Akta Timbang Dan Sukat 1972 :
Suatu alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan.
![]() |
Buku Akta boleh didapati di kedai-kedai buku.Buku ini mempunyai tarikh dikemaskini. |
Punca-Punca Akta Dilaksanakan :
- Memastikan timbang dan sukat dan yang digunakan menepatirekabentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh penyimpan timbang dan sukat.
- Mengawal selia Pembuat, Pembaik dan Penjual alat-alat timbang dan sukat melalui pelesena
- Mengawal selia syarikat yang dilesenkan bagi menjalankan perkhidmatan pengujian alat-alat timbang dan sukat.
Kesan-Kesan Akta Tak Dilaksanakan Kepada Pengguna :
- Pengguna akan ditipu oleh peniaga.
- Berlakunya tidak puas hati pengguna dan peniaga.
- Peniaga akan bermaharajalela.
- Tak ada nilai untuk wang yang dikeluarkan.
Hukum Dalam Akta Timbang Dan Sukat 1972 :
Pesalah boleh didakwa dan alat timbang dan sukat boleh disita ataupun dirampas oleh pihak kerajaan
![]() |
Keratan Akhbar |
AKTA JUALAN LANGSUNG 1993
Kategori Syarikat Jualan Langsung :
Dibahagikan kepada 3 kategori
- Berbilang tingkat
- Satu tingkat
- Pesanan Pos
1. Berbilang tingkat
- Syarikat jualan langsung melantik individu sebagai ejen jualan (ahli/pengedar) untuk mengedar barangan syarikat (produk /perkhidmatan).
- Ejen yang berkenaan akan melantik ejen lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pelantikan ejen baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
- Setiap ejen akan mendapat komisen/bonus/insentif/ apa-apa faedah ekonomi lain hasil daripada jualan peribadi dan jualan ejen di bawah rangkaiannya (over riding bonus).
2. Satu tingkat
- Syarikat jualan langsung melantik individu sebagai ejen (wakil jualan) untuk mengedar barangan syarikat (produk/perkhidmatan).
- Ejen jualan berkenaan akan dibayar gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat.
- Ejen berkenaan tidak dibenarkan melantik ejen jualan lain.
3. Jualan melalui pesanan pos
- Jualan barangan (produk/perkhidmatan) yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos atau apa-apa kaedah penghantaran yang lain.
![]() |
Buku Akta Jualan. |
Pindaan Akta Jualan Langsung 1993 :
- Pada tahun 2010, Akta ini dipinda menjadi Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993
- Melindungi hak dan kepentingan pengguna
- Menggalakan pertumbuhan dan perkembangan aktiviti jualan langsung beretika
- Larangan kegiatan berbentuk Skim Cepat Kaya dan Skim Piramid.
- Meningkatkan definisi jualan langsung termasuk jualan transaksi elektronik.
Akta Jualan Langsung 1993 :
HUKUMAN
Pertubuhan Perbadanan
- Pertama – Didenda tidak melebihi RM 1 Juta
- Kedua dan berikutnya – Tidak melebihi RM 2 Juta
Orang Perseorangan
- Pertama – Denda tidak melebihi RM 250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
- Kedua dan berikutnya – Denda tidak melebihi RM 500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
![]() |
Kes penipuan kian menular dengan cara ini |
Kesimpulan
- Pengguna mesti mengawal penggunaan kehidupan sendiri.
- Membuat keputusan dan pilihan berdasarkan maklumat yang tepat dan mencukupi
- Mempunyai hak ke atas keperluan asas, persekitaran yang sihat dan pampasan.
- Peniaga hendaklah berurusniaga dengan adil, jujur, terbuka dan sopan bila berhadapan dengan pengguna.
- Hak mereka untuk mendapatkan keuntungan adalah diterima dan dimaklumi.
No comments:
Post a Comment